Sinopsis Tiada Arah Jodoh Kita (novel)

Bila ‘orang tersayang’ belajar oversea lepas tu curang. Itu klise sangat. Tapi bila ‘orang tersayang’ balik dari oversea lepas tu tiba-tiba pinangkan kita untuk orang lain, itu kategori apa ya? “Pia... kalau betul kau sayangkan aku dan percayakan aku, tolong terima untuk jadi isteri Wakeel. I’m begging you.” Fayyad Syakir.

“Lulz.. Kau ingat hati ni macam duit dalam bank boleh buat transaksi ikut suka hati kau?” Afia Awliya. “Dia sakit. Hidup dia tak lama...” Fayyad Syakir. "Kenapa? Bila lelaki tu kahwin dengan aku, dia akan hidup selamanya ke?" Afia

Tapi mengenali Wakeel sendiri, prinsip Afia berubah. Marahnya lentur. Entah apa yang membuatkan dia bersetuju dengan perkahwinan ini. Tapi kena berhadapan pulak dengan abang Wakeel yang dingin, beku, laser lagi menyakitkan hati. Megat Aathif. “Awak tahu dia sakit? Awak tetap nak kahwin dengan dia? Ke awak rancang nak bolot semua harta dia selepas awak bergelar ‘janda’ nanti?” Megat Aathif.

“Hah, baguslah kalau awak dah tahu. So, jagalah harta tu elok-elok sebab nanti kurang pulak duit nak beli tiket ke Syurga kan?” Balas Afia sarkastik. Mengahwini Wakeel tak termasuk dalam list acuan hidupnya. Tapi jodoh, maut, ketentuan sungguh di tangan tuhan. Selama bergelar isteri Wakeel, tak pernah sehari pun dia tak dihujani bahagia. Tapi takdir yang menyatukan mereka dan takdir jugalah yang memisahkan mereka. “Janji dengan saya Liya.. walau apa pun yang jadi, jangan pernah berhenti cari bahagia awak. Jangan. Berhenti.” Megat Wakeel

“I’m back! Saya akan gantikan bahagia awak yang hilang Pia.” Fayyad Syakir. “Saya akui saya tak pandai jaga hati orang. Tapi... saya nak jaga hati awak!” Megat Aathif. Masih adakah bahagia setelah bahagia yang dahulu telah berlalu pergi. Mampukah Afia untuk memilih jika hatinya telah kosong?